‘KEJATUHAN LEGASI BARINGS BANK DISEBABKAN KECUAIAN SEORANG TRADER’

Barings Bank diasaskan pada tahun 1762 oleh Sir Francis Baring, juga merupakan antara bank utama & tertua di British pada zamannya. Kebanyakan keuntungannya hasil daripada perdagangan komoditi dan juga melalui pelaburan dalam ekonomi antarabangsa.

Besarnya reputasi Barings Bank ketika itu sehingga mampu menyumbangkan dana kepada kerajaan U.S dalam hasrat ingin mengambil alih wilayah Louisiana daripada Perancis (dikenali sebagai Louisiana Purchase).

Pada tahun 1986, Barings memperluaskan lagi bisnesnya dan telah membuka pejabat pelaburan di Singapore (BFS).

Tugas BFS adalah mereka bertanggungjawab melaksanakan dan menjelaskan transaksi dalam Singapore International Monetary Exchange (SIMEX).

“Pengurus derivatif baharu Barings Securities/Futures”

Pada tahun 1992, seorang bekas kerani Barings Securities (London), Nick Leeson telah tiba di Singapura.

Nick Leeson ditempatkan di Barings Securities/Futures (Singapore) sebagai pengurus operasi derivatif.

Pada tahun yang sama, Nick Leeson berjaya menjadi salah seorang daripada 2 trader di Barings Singapore selepas berjaya melepasi ‘exam’ dan mendapat lesen untuk berdagang di SIMEX.

Dia juga berjaya menjadi pembantu pengarah & pengurus besar pada tahun yang berikutnya, dan mula berkecimpung dengan perdagangan dalam pasaran bon Jepun dan juga Nikkei 225 Futures & Options. Dari sini menjadi titik mulanya kejatuhan Barings Bank.

Dengan jawatan yang besar ini, dia kini menguruskan kedua-dua front office (dealing) dan back office (settlement).

Sebagai ringkasan, Nick Leeson diberikan ‘access’ yang hampir menyeluruh untuk melakukan perdagangan & menguruskannya sendiri!

Leeson juga telah membuka satu ‘error account’ yang pada asalnya sekadar untuk membuat laporan bagi trading yang gagal (kebiasaannya yang diuruskan oleh staf yang kurang berpengalaman).

Namun, Leeson mengambil kesempatan dan menggunakan akaun tersebut untuk kepentingannya sendiri.

Menggunakan akaun tersebut, Leeson tanpa ragu-ragu menyembunyikan segala ‘losses’ dan melaksanakan ‘unauthorised trades’ menggunakan akaun ini.

Akhir tahun yang sama, jumlah kerugian dari ‘error account’ ini dianggarkan bernilai S$8.8 juta!

Audit report juga telah dimaklumkan kepada pihak senior management Barings. Namun, tanpa usul siasat, mereka tetap memilih untuk masih mengekalkan jawatan Leeson atas sebab prestasinya yang lepas yang mampu membuat keuntungan besar.

Dalam tidak sedar, jumlah kerugian yang berjaya disembunyikan oleh Leeson jauh lebih besar dari apa yang dilaporkan.

Pada Januari 1995, senior auditor Barings perasan yang terdapat percanggahan ketara dalam akaun Barings.

Namun Leeson dengan jayanya meyakinkan auditor tersebut dengan mereka cerita yang terdapat urusan dagangan antara BFS degan sebuah firma pelaburan U.S (Spear, Leeds & Kellogg).

Pada masa yang sama, SIMEX juga memberi amaran kepada BFS yang terdapat ‘volume’ luar biasa dalam urusan jual beli Nikkei futures & options.

Namun, senior management BFS meyakinkan SIMEX bahawa mereka mempunyai aset yang cukup untuk urusan dagangan itu & mengelak daripada digantung operasi.

“Kesan tamak Nick Leeson”

Leeson meneruskan lagi dagangannya di pasaran Nikkei dengan lebih agresif, dengan harapan yang Nikkei takkan jatuh bawah 19,000 points ketika itu.

Tetapi, bencana gempa bumi melanda Jepun pada bulan yang sama menyebabkan Nikkei jatuh lebih rendah pada masa itu.

Harga pasan NIKKEI

Leeson meneruskan dagangannya dengan ‘hope analysis’ dan berterusan menambah pegangannya dengan harapan market akan bounce strong.

Sehinggalah kemudiannya Nikkei meneruskan kejatuhan lagi ke paras serendah 17,580 point, menjadikan jumlah keseluruhan kerugian yang ditanggung BFS sebanyak S$1.4 billion.

Jumlah kerugian ini telah melebihi ‘capital & reserves’ syarikat Barings sendiri. Akhirnya pada 23 Februari 1995, senior clerk dari ibu pejabat Barings (London) sedar akan hal ini dan cuba untuk menghubungi Leeson tetapi gagal.

Dalam masa yang sama, Leeson menyedari bahawa dia tidak mungkin mampu ‘recover’ losses ini lagi, dan melarikan diri ke Kuala Lumpur, Malaysia.

Dari sini, dia telah terbang ke Brunei, Bangkok dan Abu Dhabi sebelum akhirnya berjaya ditangkap di Frankfurt dalam usahanya untuk melarikan diri ke London.

November 1995, pihak berkuasa Jerman telah menyerahkan Leeson kepada kerajaan Singapura untuk dibicarakan, sebelum akhirnya dia dihukum penjara selama 6 tahun setengah.

Leeson dibebaskan awal pada 1999 setelah didiagnosis dengan kanser kolon & juga atas sebab perilaku yang baik.

Sewaktu dalam tahanan, dia juga sempat menulis buku bertajuk ‘Rogue Trader: How I Brought Down Barings Bank and Shook the Financial World’. Hasil daripada tulisannya, kisah itu dijadikan filem fiksi berjudul ‘Rogue Trader’.

“Barings Bank dijual £1”

Susulan tesebarnya kisah ini, menggemparkan dunia perbankan & kewangan ketika itu. Kerajaan Singapura telah mengambil keputusan untuk mengetatkan lagi Futures Trading Act dengan peraturan baru yang lebih kukuh pada 1997.

Hasil daripada kes tersebut, Syarikat Barings telah dijual dengan harga £1 kepada Dutch ING Bank yang bersetuju untuk menanggung hutang-hutang Barings

Kebanyakan eksekutif tertinggi Barings juga telah meletak jawatan atau dipecat, termasuklah CEO (Peter Norris) dan pengerusinya sendiri (Peter Baring).

Isu Utama:
1. TIADA pemantauan ketat oleh Barings Bank terhadap tradernya.
2. TIADA Risk Management oleh Barings Bank.
3. Senior management yang sambil lewa dalam membaca laporan & membuat keputusan.
4. Bank membiarkan trader melanggar trading rules yang telah ditetapkan.

Sekian lama legasi dibina selama bertahun-tahun, diruntuhkan dalam masa yang singkat sahaja.

Begitu juga kita sebagai trader retail, profit yang dibuat berhari-hari boleh hilang dalam sekelip mata saja jika biarkan emosi mengawal diri.

Related articles

Berita

MUDAJAYA PEROLEH KONTRAK RM195.1 JUTA BERKENAAN PROJEK ECRL DI TERENGGANU

Mudajaya Group Bhd telah dianugerahkan kontrak bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu. Kontrak tersebut diterima oleh anak syarikatnya, Mudajaya Corporation Bhd daripada China Communications Construction Sdn Bhd. Kontrak tersebut adalah termasuk penyiapan stesen,

Berita

MAH SING GROUP PEROLEH TANAH DI SEMENYIH BERNILAI RM392.04 JUTA!!

Mah Sing Group Bhd rancang untuk membangunkan perbandaran bersepadu di Semenyih. Oleh itu, Mah sing membeli tanah pegangan kekal dengan keluasan 202.34 hektar di Semenyih, Selangor bernilai RM392.04 juta. Dalam satu kenyataan, Mahsing bercadang untuk menamakan projek pembangunan itu sebagai Glengowrie Estate


Warning: Attempt to read property "post_status" on null in /var/www/vhosts/traderlifestyleacademy.com/html/wp-admin/includes/template.php on line 2298

Warning: Attempt to read property "post_status" on null in /var/www/vhosts/traderlifestyleacademy.com/html/wp-admin/includes/template.php on line 2302

Warning: Attempt to read property "post_status" on null in /var/www/vhosts/traderlifestyleacademy.com/html/wp-admin/includes/template.php on line 2308

Warning: Attempt to read property "post_status" on null in /var/www/vhosts/traderlifestyleacademy.com/html/wp-admin/includes/template.php on line 2312

Warning: Attempt to read property "ID" on null in /var/www/vhosts/traderlifestyleacademy.com/html/wp-admin/includes/template.php on line 2316

Warning: Attempt to read property "post_status" on null in /var/www/vhosts/traderlifestyleacademy.com/html/wp-admin/includes/template.php on line 2320

Warning: Attempt to read property "ID" on null in /var/www/vhosts/traderlifestyleacademy.com/html/wp-admin/includes/template.php on line 2325

Warning: Attempt to read property "ID" on null in /var/www/vhosts/traderlifestyleacademy.com/html/wp-admin/includes/template.php on line 2329

Warning: Attempt to read property "ID" on null in /var/www/vhosts/traderlifestyleacademy.com/html/wp-admin/includes/template.php on line 2334

Warning: Attempt to read property "post_status" on null in /var/www/vhosts/traderlifestyleacademy.com/html/wp-admin/includes/template.php on line 2298

Warning: Attempt to read property "post_status" on null in /var/www/vhosts/traderlifestyleacademy.com/html/wp-admin/includes/template.php on line 2302

Warning: Attempt to read property "post_status" on null in /var/www/vhosts/traderlifestyleacademy.com/html/wp-admin/includes/template.php on line 2308

Warning: Attempt to read property "post_status" on null in /var/www/vhosts/traderlifestyleacademy.com/html/wp-admin/includes/template.php on line 2312

Warning: Attempt to read property "ID" on null in /var/www/vhosts/traderlifestyleacademy.com/html/wp-admin/includes/template.php on line 2316

Warning: Attempt to read property "post_status" on null in /var/www/vhosts/traderlifestyleacademy.com/html/wp-admin/includes/template.php on line 2320

Warning: Attempt to read property "ID" on null in /var/www/vhosts/traderlifestyleacademy.com/html/wp-admin/includes/template.php on line 2325

Warning: Attempt to read property "ID" on null in /var/www/vhosts/traderlifestyleacademy.com/html/wp-admin/includes/template.php on line 2329

Warning: Attempt to read property "ID" on null in /var/www/vhosts/traderlifestyleacademy.com/html/wp-admin/includes/template.php on line 2334